Wednesday, March 09, 2016

Let's Pack That Travel BackPack!

Looking at the past trend, blog iols ni dah jadi blog percutian la nampaknya.. Huhu..
Itu pon lepas setahun balik dari bercuti belom tentu blog dah update :P 
 
So mari kita bercerita pasal salah satu element yg paling penting bila bercuti. Travel backpack.
 

Actually aku pon masih belajar lagik how to "travel light".
Bila dah tua bangka ni By now aku memang dah give up dah nak travel backpacking style ke hapa.
Tapi setiap kali pergi overseas travel memang aku akan bawak backpack sorang satu.
 
Tapi sejak dah jadik mak beranak dua nih, bagpack I ngan Leman berat macam batu ok. Tah hapa2 la kitaorg hangkut. Pehtu kalau si Baem makan bersepah nak carik wetwipes dah tak jumpa :P
 
So ni tips2 nak meringankan travel backpack aku kita semua
 
#1: Keluarkan berat berlebihan pada beg anda misalnya besi yang digunakan untuk memberi sokongan pada beg (hiking beg). 
 
Ko nak buat apa travel bawak besi Jah. Huhu. Tapi tips nih tak berapa nak berguna utk aku sebab jangan kata hiking bag, Hiking pon aku tak pernah pegi :P
 
#2: Jangan bawa barangan yang anda tidak perlukan!
 
Haaa.. Yang ni payoh. Semua aku rasa aku perlu. Botol susu 3, pampers 8, mekap satu bunjut, toys Baem ngan Ilyas nak main atas kapal terbang.. etc.. etc.. Kalau tin milo muat pon mau aku angkut sekali :P
 
Tapi actually, berdasarkan pengalaman aku sendiri, botol susu tu bawak 2 sudah la, yg lain masuk la kat luggage bag kan, pampers pon ko agak2 la, setakat aku nak fly distance 4 jam takyah la aku hangkut seguni kan.. pehtu mainan paling stress. Dah la mainan budak2 ni berat2, pehtu kalau aku bagi dia main utk distract dia pegang la maximum 5 minit sebelom humban ke lantai! Huhuhu.. Fineee boys.. Fineee... Lepas ni main je sudu garpu plastic dalam kapal terbang tu.
 
#3: Kemas pakaian anda terlebih awal dan jangan lakukan ‘last minute’ ini kerana anda akan membawa segala barangan yang anda rasakan ‘perlu’.
 
Yang ni aku dah terer sikit. Usually aku amik je "segunung" baju utk setiap sorang, lepas tu aku pilih lagi untuk second stage.. Rule of thumb dia at least tinggalkan separuh, err tapi aku belom terer tahap tu.. Aku dah mampu ketepikan 3-5 helai tu pon dah kira bagus la tu kan.. Hehe.. Plus knowing me, kat tempat bercuti tu nanti confirm aku shopping baju baru :P 
 
#4: Jika anda pergi bercuti bersama rakan-rakan, bahagikan sama rata barangan yang
harus dibawa yang boleh digunakan bersama.
 
Rakan bercuti aku sejak kawen harus la ngan Leman kan. Tapi sebab aku kategori rakan "special" dia, harus berat backpack dia mesti melebihi berat bag pack aku :P. Takpe, Leman macho. Hehe. Tu kira dah bertoleransi la tu utk kebahagian rumah tangga kan. Kalau ikut hati aku bagi dia bawak semua senang aku nak shopping jalan lenggang kangkung. Hehehe...
 
#5: Jangan beli travel backpack yang terlalu besar kerana semakin besar saiz beg, semakin banyak barangan yang ingin dibawa.
 
Jangan jugak jadi macam aku.. Setiap kali nak pi bercuti mula la gatal tangan nak beli backpack baru dengan alasan nak bawak pi bercuti.. Belom pon naik kapalterbang duit dah banyak abes.. Hehehe..
 
#6: Jangan bawa pakaian yang basah kerana ia akan menambahkan keberatan muatan beg tersebut.
 
Sorry Baem, Mummy's gonna follow this tip. You no swimming the day before berangkat balik. Kalau nak swimming jugak nanti angkat sendiri spender mandi you yg berat tu :P
 
#7: Bawa satu lagi beg kecil seperti sling bag untuk mengisi barangan-barangan penting. Oleh itu, berat tidak akan tertumpu pada 1 beg sahaja.
 
Sling bag rocks. Kalau aku pegi tempat2 yg aku confident tahap keselamatan dia, aku bawak sling back Le Sport Sac aku. Tapi kalau tak berapa yakin, semua document penting and duit aku masuk dalam sling beg yg boleh nyorokkan dalam baju tu..
 
 
Okla youols.. Selamat packing beg masing2.. Kalau takde bag don't worry, click je kat link atas tu sure juling bijik mata with the choices.. Sebagai mengakhiri post ni, iols belanja gambar bag gajah and also bag pack iols bawak masa pergi bercuti kat Jepun December last year.
 
 Nampak tu betapa penting nya backpack.. Bantal busuk Baem pon boleh isi :P

 Ini contoh2 tak reti travel light. Harus merana jiwa raga Leman nak tolak luggage besar gajah tuh naik turun bukit.. sambil iols bagi sokongan moral kat dia.. Harus bernanah jugak telinga iols nak dengar dia membebel lepas ni nak travel bawak backpack jek.. Bahahahahha.. Dream on Husband.. Dream on.. 
 
Happy packing Guys!
 

Sunday, March 06, 2016

The Manns Takes Singapore 2015

We went on another babymoon after our Europe 2014 trip..

This time is to JB - Singapore..

 Thistle hotel.. Highly recommended.. Bilik luas and selesa..

 And Aaim setiap sejam main nyuruk2 dalam almari ni.. Huhuhu... Seb baik ko tak terantuk nak.. Mummy time ni dah besar ikan paus so tak larat nak tunduk2 sangat..
 
 Yang best hotel ni punya bath tub ada cermin see thru dari area katil.. So seronok la main chak-chak ngan Aaim..

 Next day weols pi bersuka ria kat JPO..


 Aaim tido! Cantikkk... senang Mummy nak shopping.. Hehe..

 Since Aaim good boy kat JPO, weols belanja dia pi bersuka ria kat Thomas Town plak..

 Quite expensive I think but seeing him having so much fun is worth it I guess.. We'll repeat soon ok..

 And then pi makan petang kat Lat's CafĂ©.. Also my favorite especially the goring pisang cicah sambal...

 

 Next day, we drove to Singapore.. Our old EasyPass still valid.. Tapi sebab dah bertahun tak drive masuk Singapore bila kitaorg touch kat toll tu dia error.. Kena la tukar kat baru (kot).. tak ingat sangat dah.. Tapi since kitaorg kluar masuk Singapore 2 hari berturut turut takde la susah mana pon process dia kan.. Hehe..

 Mak buyung on the loose.. I was so happy to show Aaim the Jurong Bird Park.. Cause I remembered it was super nice the last time I went there.. (aeon years ago!).. Tapi bawak budak kecik yg not so nice.. dengan panassss nyee.. ngan iols tak larat sebab pregnant nya.. so we went in for a total of one hour jek kot.. or maybe less.. Basically naik tram pusing satu round.. and kuar balik.. .Hahaha.. That one hour include 15 minute dalam souvenir shop kot :P
 
Next day tu kitaorg mengulang Singapore lagi..Sebab ada balance dalam easypass yg dah nak expired tahun ni.. So kitaorg pegi bersia2 kat Clarke Quay and Orchard Road jek..
 
Balik tu kluar exit Woodlands.. Hamekauuuu... Jam 2 jam ok nak lepas custom clearance Singapore jek.. Dengan iols yg dah nak terkencing.. and si Aaim lompat2 atas riba lagik.. super stress ok.. Huhuhu..
 
Moral of the story.. baik la ikut Tuas kot..
 
We had great family fun in JB - Singapore.. Hopefully will be back soon





The Manns Takes Munich 2014

Munich was actually our "Pit-Stop" City only.. Sebab flight from Salzburg to Paris boleh dapat sama harga flight balik Malaysia terus agaknya.. Tapi dari Munich we got a good deal on Air France. So off to Munich we go. And Munich is only about sejam naik speed train from Salzburg.

Sampai pon dah nak tengahari. And sejuk sampai tulang.. hahaha..
 
Turun train kat Munich Main Station, kitaorg gi tinggal bag kat locker dulu.. Then baru terus kan sightseeing..
 
Tak pegi mana pon.. Pusing2 around Marienplatz area only..





 Kitaorg pon bersiar2 tanpa arah tujuan.. Dah penat sebenarnya.. And siap ter cicir kan bantal busuk Aaim.. huhuhu.. Seb baik bawak spare.. Kalau tak nanges ler kitaorg nak tido kan Aaim malam2.. Hehehe..
 
Lepas dah bersiar2, kitaorg pon amik taxi pi hotel.. Sebab flight esok pagi adalah awal gila, kitaorg check in hotel yg dekat2 ngan airport..
 
Tapi masa amik taxi tu pon adelah kengerian..
Sebab dah petang tapi gelap gelita sebab autumn..
 
And taxi tu pegi ikut jalan waze ke hapa..
Masuk tempat2 sunyi and ada lalu hutan2..
Iols dah kecut perut serious..
Ngan si Aaim dah super cranky masa tu..
Takut gila kalau driver taxi tuh samada kidnap kitaorg atau tinggalkan kitaorg tepi jalan.. Huhuhuh..
Nauzubillah..
 
Serious takut gila padahal mamat tu elok jek pasang ayat2 suci alquran.. Still aku dah pikir bukan2 takut dia alqaeda ke apa ke.. Huhuhu.. Saiko sangat kan..
 
Alhamdulillah selamat sampai..
Iols siap niat puasa nazar 1 hari kalau selamat sampai.. (Alhamdulillah dah selamat pon di bayar once sampai Malaysia.. :P)

 Ini Aaim muka eksaited nak balik kampong (Paris).. Hehehe..


Saturday, March 05, 2016

The Manns Takes Salzburg 2014


Today we're going to Salzburg..
The land of the Sound of Music! Actually iols tak tgk pon citer Sound of Music tuh.
 Hehe
 Train ride :)

 Pemandangan kiri kanan adalah sangat cantik all the way

 Salzburg also we take it free and easy.. Rumah kuning tu ada lah rumah Mozart.. Weols tgk dari jauh jek sebab tak minat sgt sejarah2 music ni semua..

 Our hotel (Hotel Villa Carlton) is on the other side of the Old Town.. So everyday we cross Salzach river.. Super cantik I tell you..

 Masa kat Europe nih.. Aaim dah setahun 3 bulan.. Tapi dia dah start menjadi picky eater.. And mummy dgn bijak tak bawak periuk Nasik so kesian la budak kecik ni makan tak tentu arah.. Huhuhu..
 
He survived on nestum, apples and fries only.. Huhuhuh...

 At our hotel before we begin our sightseeing.. I was 3 months pregnant then (with Ilyas Aydin)..

 This is the Mirabelle Garden.. Tak jauh ngan hotel kitaorg..


 Ni kat jambatan yg connect between old town and the other side tak sure la new town ke tak.. Tak Nampak macam new pon. Huhuhu..

 Aaim sangat lah suka sejuk.. and also tahan sejuk.. He only allowed us to put on his snow cap kalau dia betul2 sejuk tahap berlaga gigi jek.. By now kitaorg dah tak pakaikan winter jacket tebal dia dah..

 Salzburg <3 p="">
 
We stayed 2 night in Salzburg before moving to our next destination.. Munich, Germany..
 
Salzburg: Checked!

The Manns takes Vienna 2014

Vienna, Austria: October 2014

Ever since I watched the movie "Night & Day", I always wanted to go to Austria.

Actually the original plan was to go to London and United Kingdom area je. My first rough itenery was KUL - London - Bath - Scotland - Paris - KUL. Tapi mahalnya laaa UK nih.. ishkk. Membunuh exchange rate dia.. So I tweak my plan..

KUL - London - fly to Vienna - Speed train to Salzburg - Speed train to Munich - fly to Paris - KUL.
And believe it or nt this was slightly cheaper than my original itenery.

From London to Vienna; we've got a good deal on British Airways..

 Melintas banjaran Alps on the way to Wien. Journey dalam 2 jam and alhamdulillah si Aaim tak banyak hal. Hehe.

 Sampai2 kat Vienna, amik taxi and terus check in jotel. masa tu dah gelap dah walaupon baru pukul 6. We stayed at Austria Anatol Hotel, dekat area Mariahilfer (jalan kaki dlm 100 meters la). Masa ni eXchange EUR is only 4 so takde la "sakit" sangat kan.

 It was cold in Vienna. Just the way we like it. Hehe. Kalau time hujan tu gigil la jugak bila kena tiup angin. 

 We stayed 3 nights in Vienna. Mmg dah plan sebab bawak baby we're not gonna rush. At every one place we will stay at least 2 nights, so takde la penat sgt kan nak pack unpack je keja nya.

 Since baru lepas bleeding (and still spotting on and off masa ni), we really take it slow. 
 and easy.
 Cobble street of Vienna

 Babyzen Yoyo. Highly recomenned. We never look back once we use Yoyo especially during our travel.

 Tram Ride. The Vienna Ring Tram departs on a lap of the Ring every 30 minutes from Schwedenplatz. Tiket sorang EUR8. Jadiklah dapat tgk Vienna dari atas tram. Hahaha. SI Aaim plak elok tram jalan dia pon tido.
 
 This is out favorite restaurant in Austria. Nordsee. It's a seafood fastfood kinda restaurant. Memang asek2 makan Nordsee jek.

 HardRock Vienna. Aaim cukup tak suka pakai winter jaket yg tebal2 nih. Dia akan buat muka tak boleh blah every single time. So last2 tu kitaorg layerkan dia under a normal sweater baru la muka dia manis sikit.


 Baby boy with Daddy.

 The next day, iols dah Berjaya lobby Husband nak ajak pi shopping kat outlet. Nama outlet kat Vienna ni is Pandorf. Harus iols gigih google and study route semua kan.. Thinking.. Ape la susah sangat, dulu masa kat Florence Italy pon sap sap sui jek kan..
 
So on that day, kitaorg pon pegi la kat depart point tu untuk naik bas. Depan Museum..
Masa sampai tu dah agak ramai orang, so kitaorg pon masuk la queue. Aaim tgh tido so kita pon biarkan la dia dalam stroller and cover dia ngan selimut sebab sejuk melampau kan..
 
Pehtu Nampak bas datang.. Tapi bas bodo tu pegi berenti kat ekor queue.. paham tak? Dia bukan berenti kat kepala queue dia pegi berenti kat ekor queue. Harus all hell broke loose lepas tuh..
 
Dah macam orang gila aku tengok setan2 ni semua.. Mat salleh Asian sama jek..
Takde kesah pon iols dukung baby ke hapa.. Pakai tolak jekkk..
 
Kitaorg pon silap..masa tu la baru Leman terhegeh hegeh nak tutup stroller semua kan.. Orang dah ramai bertolak2.. So Leman ke belakang and setelkan stroller.. And dia suh iols naik dulu ngan Aaim chop tempat..
 
So iols pon Berjaya la naik ngan Aaim.. Duduk pon lasstttt sekali.. Iols letak Aaim kat seat sebelah..
 
Pehtu tibalah episode nightmare ku..
 
Datang lah driver bas nih paksa orang release seat2 yg di chop.. Kalau tak puas hati sila turun..
 
Sampai belakang, dia marah2 iols.. Suh release seat..
 
Iols cakap.. "This is for my husband"
 
Pehtu dia buat muka "ada aku kesah??"
 
So iols cakap laaa "I have a baby! Sambil tunjuk Aaim"
 
So dia mmg buat muka tak puas hati laa.. tapi dia takley nak cakap banyak sebab memang Aaim tgh duduk kat seat tu..
 
So dia blah pegi depan.. so aku ingat dia nak panggil la Leman naik kan..
 
Sekali bas jalan!
 
T____________T
 
Jilake punye mat salleh..
Aku rasa dah habis semua carutan aku bagi dia hari tuh.. Aku mencarut and maki2 cakap melayu.. Sapa pandang2 semua aku Tanya balik "apa ko tengok2 hah"
huhuhuhuhu..
 
Stress gila babi..
Seb baik phone ada roaming.. So terus call Leman..
 
Yang paling stress nak mati.. bas tu patut Nye sejam satu... and perjalan lagik sejam.. So tu dah 2 jam tu terpisah ngan Leman kan..
Seb baik la iols ada cash and handphone with me..
 
Tapi yang takde ialah beg susu Aaim.. Nangesssss....
Matiklah aku kalau tetiba dia berak ke nak susu ke kan..
Kalau dia berak aku lempor taik dia kat muka drebor tu tau! Huhuhu...
 
Luck was on our side that day.. The second bus came in 15 minutes later..
So tempoh terpisah is only sepanjang perjalanan naik bas tuh and 15 minutes after that..
 
Bila Leman sampai.. dah macam jejak kasih aku rasa.. Hahahahha...
 
Leman cerita bila bas jalan.. dia betul2 kat depan pintu bas tapi orang tu tak bagi masuk.. Siap tutup pintu depan muka dia.. Huhuhu.. keji tak..
 
Pehtu Leman jerit.. "My wifeeee... "My Wifeeee"
Hahaahhaha... aku boleh bayang drama di situ.. Siap dia kena bahan ngan mat salleh ygg lain ajuk2 dia..
Skrg rasa kelakar la.. tapi hari tu serious tak kelakar ok..
 
So after all that we went thru earlier, terpaksa iols beli Prada satu kan :P
Kalau tak tak berbaloi bergadoh ngan drebor bas tadi..

 This is Aaim at the end of the day. Flat out!


 Seriously Leman memang terpaksa menjadi extra gagah perkasa during this trip okay. I am so lucky to have a husband with suh high tolerance level. Hehehe. Sebab I was pregnant masa ni, plus the bleeding episode, so memang tak berani langsung nak angkat berat2. Ibrahim pon most of the time Daddy dia yg handle. 

Some of the station, takde lift, merasa la Leman macam nak patah pinggang mengangkut anak dan stroller.. Seb baik tak kena angkut bini sekali :P
 
Next stop is Salzburg.. We took the Railjet at the Vienna West Train Station (Wien Westbahnhof). Train station ni kat area Mariahilf jugak sebab tu la kitaorg pilih hotek area ni senang nanti..
 
Vienna: Checked!